Menemukan Belahan Jiwa

Bagaimana orang memilih pasangan hidup? Dalam mencari dan memilih pasangan hidup biasanya melibatkan beberapa proses. Menurut Janda & Klenke-Hamel (1980) sebelum seseorang membuat keputusan untuk berkahwin mereka membuat saringan bagi mempastikan bahawa hanya orang yang sesuai dan layak sahaja akan diambil sebagai pasangan hidup.
Proses saringan ini bermula dengan kerapatan dan kedekatan dan perkenalan, selepas mengenalpasti calon yang berpotensi kemudiannya mengenaplasti beberapa persamaan yang wujud. Selepas itu jika ciri-ciri di atas sesuai maka saringan berikutnya ialah menilai sama ada seseorang itu mempunyai daya tarikan seperti cantik dan akhirnya saringan yang terakhir ialah menilai sama ada calon tersebut ’boleh masuk’ (compatible) atau sepadan serta selaras dengan jangkaan dan peranan yang akan dimainkan oleh calon itu kelak. Jika semua ini dipenuhi, maka pasangan itu akan mengambil keputusan berkahwin untuk mengekalkan perhubungan mereka.
Di sepanjang proses saringan ini, akan berlaku beberapa halangan yang diwujudkan oleh masyarakat (seperti norma dan budaya) sehingga proses mencari calon yang sesuai menjadi sukar dan lambat. Contohnya individu cenderung untuk mencari pasangan yang banyak persamaan dengannya misalnya umur, etnik, agama, pendidikan dan lain-lain faktor demografi. Di Amerika Syarikat, kecenderungan ini dipanggil homogamy (mencari titik persamaan). Manakala bagi sesetengah budaya, lelaki lebih cenderung mencari pasangan hidup yang lebih muda
Ribuan wanita dan pria single di SatukanCinta mencari sahabat, teman kencan, atau bahkan pasangan hidup. Bisa jadi Andalah yang ditunggu-tunggu!